Kisah biawak(dhab) Yang Beriman...
Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam Al-Bidayah wa an-Nihayah bahawa al-
Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad-Damaghaniy
dari daerah Namin di Baihaq, mengenai sebuah kisah berikut yang
disampaikan oleh Umar al-Khattab r.a..Rasulullah sedang berjalan bersama-
sama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi
daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersama-
samanya seekor dab (Biawak padang pasir atau dalam bahasa Arab dikenali
sebagai dab ialah binatang yang mempunyai corak badan seperti buaya,
bersaiz seperti biawak, tetapi lidahnya berbeza daripada biawak kerana tidak
bercabang) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu
untuk dimakan.Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati
dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi? Apabila
diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, maka dia terus
mendekati Nabi lantas berkata, "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu
yang terdapat dalam alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai
Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan
yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat
menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih,
dan merah serta selainnya!"Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan
berkata, "Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!"Nabi SAW tenang
permintaan Umar, "Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang
lemah lembut itu hampir diangkat menjadi nabi?"Nabi kemudiannya berkata
kepada Arab Badwi itu, "Apakah yang menyebabkan engkau berkata
demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama
sahabatku!"Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata,
"Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu
wahai Muhammad hinggalah dab ini beriman kepadamu," katanya sambil
mengeluarkan dab itu lalu melemparkan di hadapan Baginda.Nabi SAW
memanggil dab itu. Kedengaran dab itu menjawab dengan bahasa Arab yang
fasih dan difahami oleh semua yang hadir, "Ya, wahai Nabi SAW!!"Nabi
bertanya, "Kepada siapakah engkau beriman?"Jawab dab itu, "Saya beriman
kepada Tuhan yang di langit itu Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan
di lautan itulah jalan-Nya, dan di Syurga itu rahmat-Nya, dan dalam Neraka itu
azab-Nya!"Tanya Nabi lagi, "Siapakah aku wahai dab?"Jawab si dab, "Tuan
adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang
yang mendukung perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan
tuan!"Mendengar kata-kata dab itu, Arab Badwi itu lantas berkata, "Wahai
Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci,
tetapi hari ini engkau ialah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan
bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahir dan batinku."Kemudian
beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir, "Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah
melainkan Allah dan Nabi SAW adalah pesuruh-Nya."Lalu Rasulullah SAW
berkata, "Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya
kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang
lebih tinggi daripadanya, dan tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak
diterima melainkan dengan al-Quran."Jawabnya, "Kalau begitu ajarkanlah
saya al-Quran itu, wahai Nabi!" Baginda pun mengajarnya membaca surah al-
Ikhlas.Beliau berkata, "Saya tidak pernah mendengar kata-kata yang lebih
hebat daripada ini!"Nabi menambah, "Ini ialah perkataan Allah, bukannya
sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi
Allah seumpama engkau membaca sepertiga daripada al-Quran. Jika kau baca
dua kali seumpama dua pertiga daripada al-Quran dan jika engkau membaca
tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Quran."Jawab
Arab itu, "Sebaik-baik Tuhan itu ialah Tuhan kami, Dia menerima daripada
kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak!"Nabi bertanya kepadanya,
"Adakah kamu memiliki harta?"Jawab beliau, "Tiada seorang pun dalam
Bani Sulaim yang lebih miskin daripada saya."Nabi bersabda kepada para
sahabat, "Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!"Para sahabat
menghulurkan bantuan kepadanya hinggakan dia mendapat harta yang amat
banyak terkumpul. Kemudian Abdul Rahman bin Auf r.a. bangun lantas
berkata kepada Nabi SAW, "Wahai Rasulullah! Saya memiliki seekor unta
yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya memperolehnya ketika
dalam Perang Tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baharu kita ini!"Nabi
SAW bersabda, "Engkau menceritakan tentang untamu yang engkau
hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang d
iberikan Allah sebagai balasan di Akhirat. Allah SWT akan menganugerahimu
di Akhirat kelak unta yang diperbuat daripada permata hijau, tengkuknya
daripada permata kuning, memiliki pelana yang hebat dan unta itu akan
melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri
kepadamu pada hari Kiamat."Kata Abdul Rahman, "Saya redha dengannya
wahai nabi."Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang
kaumnya dari Bani Sulaim seramai seribu orang menaiki ekor unta membawa
bersama mereka seribu pedang dan lembing.Dia bertanya, "Ke manakah
haluan kamu?" Mereka menjawab, "Kami ingin memerangi orang yang
menghina tuhan kita!" Arab Badwi itu berkata kepada kaumnya, "Jangan!
Aku sendiri telah beriman dengannya!"...
Kisah Bagaimana Dua Orang Remaja Membunuh Abu Jahal
yang SANGAT MENARIK..
kisah bagaimana dahsyatnya kecintaan 2 orang remaja kepada Rasulullah saw. Mereka bersaing dalam merebut peluang membunuh Abu Jahal - orang yang sangat menyakiti Baginda Nabi saw. Beginilah ceritanya;
Ada dua orang remaja dari Madinah iaitu Saidina Muaz bin Afra’ Al-Ansari dan Saidina Auf bin Afra’ Al-Ansari berumur 15 tahun dan 16 tahun. Mereka berdua ikut serta di dalam perang Badar. Ketika U'tbah dan dua orang lagi panglima kafir Quraish mencabar tentera Islam dalam perterungan satu lawan satu mereka berdualah yang tampil bersama Saidina Abdullah bin Rawahah. Begitulah tinggi sekali kecintaan mereka kepada Allah dan Rasululah Saw.
Didalam barisan tentera Islam, mereka berdua berada disebelah kiri dan kanan Saidina Abdul Rahman bin Auf. Melihat mereka berdua yang masih berusia awal remaja, Saidina Abdul Rahman berkata didalam hatinya: "Alangkah baiknya kalau dikanan dan dikiriku orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam peperangan". Salah seorang dari mereka berbisik kepada Saidina Abdul Rahman: "Apakah pakcik kenal Abu Jahal, aku dengar dia adalah orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah Saw. Tunjukkanlah orang itu kepada aku. Aku mahu membunuhnya".
Begitulah kemarahan anak muda ini terhadap Abu Jahal. Dia cukup berani untuk membunuh ketua kafir Quraisy dalam peperangan itu. Kata Saidina Abdul Rahman: "Aku terperanjat dengan soalan itu tetapi aku berjanji akan menunjukkan Abu Jahal kepadanya. Selepas itu seorang lagi pula bertanya kepadaku soalan yang sama. Ketika itu baru aku merasa tenang berada di tengah-tengah dua orang remaja yang berani ini".
Dalam peperangan itu Abu Jahal dikawal ketat oleh orang-orangnya. Saidina Abdul Rahman telah menunjukkan kepada dua orang remaja ini yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat lagi Saidina Abdul Rahman menghabiskan kata-katanya, kedua-dua mereka sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal. Mereka merempuh barisan tentera kafir sambil menebaskan pedang ke kiri dan ke kanan, menyerang orang-orang yang berada di sekeliling Abu Jahal.
Akhirnya kedua-duanya berjaya sampai kepada Abu Jahal. Mereka berdua menyerang Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal rebah. Abu Jahal cedera parah dan rebah tetapi dia belum mati. Tiada siapa dapat menjangka serbuan tangkas dari dua orang remaja Ansar ini. Di dalam keadaan gawat di kelilingi musuh, Saidina Auf bin Afra’ tersepit ditengah-tengah tentera kafir. Ikrimah bin Abu Jahal berjaya membunuhnya. Manakala Saidina Muaz bin Afra' pula sempat berundur sambil memerangi tentera kafir yang menggasaknya.
Akhirnya sebelah tanganya tertetak tetapi masih tergantung di badannya. Dalam keadaan itu, dia berjaya berundur sampai ke barisan tentera Islam. Setelah dibalut tangannya dia terus berperang lagi tetapi tangannya yang hampir putus itu telah mengganggu pergerakannya. Akhirnya dia memijak tangannya itu sehingga putus supaya ianya tidak mengganggu lagi pergerakannya.
Saidina Muaz terus menentang tentera kafir sehinggalah dia gugur syahid. Apabila tentera kafir mengetahui bahawa Abu Jahal sudah tewas mereka mula berundur. Tentera Islam mengejar mereka dari belakang. Dalam peperangan Badar ini seramai 70 orang tentera kafir terbunuh dan seramai 70 orang dapat ditawan.
Demikianlah hebatnya dua remaja yang dididik mencintai Baginda Nabi saw. Matangnya mereka walaupun baru berusia setahun jagung..tp syurga Allah menanti mereka.. Allahuakbar~