Thursday, 7 August 2014

Benar tapi PELIK... (HAYATULSAHABAH)

Kisah biawak(dhab) Yang Beriman...


Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam Al-Bidayah wa an-Nihayah bahawa al-

Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad-Damaghaniy 

dari daerah Namin di Baihaq, mengenai sebuah kisah berikut yang 

disampaikan oleh Umar al-Khattab r.a..Rasulullah sedang berjalan bersama-

sama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi 

daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersama-

samanya seekor dab (Biawak padang pasir atau dalam bahasa Arab dikenali 

sebagai dab ialah binatang yang mempunyai corak badan seperti buaya, 

bersaiz seperti biawak, tetapi lidahnya berbeza daripada biawak kerana tidak 

bercabang) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu 

untuk dimakan.Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati 

dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi? Apabila 

diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, maka dia terus 

mendekati Nabi lantas berkata, "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu 

yang terdapat dalam alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai 

Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan 

yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat 

menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih, 

dan merah serta selainnya!"Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan 

berkata, "Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!"Nabi SAW tenang 

permintaan Umar, "Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang 

lemah lembut itu hampir diangkat menjadi nabi?"Nabi kemudiannya berkata 

kepada Arab Badwi itu, "Apakah yang menyebabkan engkau berkata 

demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama 

sahabatku!"Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata, 

"Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu 

wahai Muhammad hinggalah dab ini beriman kepadamu," katanya sambil 

mengeluarkan dab itu lalu melemparkan di hadapan Baginda.Nabi SAW 

memanggil dab itu. Kedengaran dab itu menjawab dengan bahasa Arab yang 

fasih dan difahami oleh semua yang hadir, "Ya, wahai Nabi SAW!!"Nabi 

bertanya, "Kepada siapakah engkau beriman?"Jawab dab itu, "Saya beriman 

kepada Tuhan yang di langit itu Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan 

di lautan itulah jalan-Nya, dan di Syurga itu rahmat-Nya, dan dalam Neraka itu 

azab-Nya!"Tanya Nabi lagi, "Siapakah aku wahai dab?"Jawab si dab, "Tuan 

adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang 

yang mendukung perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan 

tuan!"Mendengar kata-kata dab itu, Arab Badwi itu lantas berkata, "Wahai 

Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, 

tetapi hari ini engkau ialah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan 

bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahir dan batinku."Kemudian 

beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir, "Aku 

naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah 

melainkan Allah dan Nabi SAW adalah pesuruh-Nya."Lalu Rasulullah SAW 

berkata, "Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya 

kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang 

lebih tinggi daripadanya, dan tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak 

diterima melainkan dengan al-Quran."Jawabnya, "Kalau begitu ajarkanlah 

saya al-Quran itu, wahai Nabi!" Baginda pun mengajarnya membaca surah al-

Ikhlas.Beliau berkata, "Saya tidak pernah mendengar kata-kata yang lebih 

hebat daripada ini!"Nabi menambah, "Ini ialah perkataan Allah, bukannya 

sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi 

Allah seumpama engkau membaca sepertiga daripada al-Quran. Jika kau baca 

dua kali seumpama dua pertiga daripada al-Quran dan jika engkau membaca 

tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Quran."Jawab 

Arab itu, "Sebaik-baik Tuhan itu ialah Tuhan kami, Dia menerima daripada 

kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak!"Nabi bertanya kepadanya, 

"Adakah kamu memiliki harta?"Jawab beliau, "Tiada seorang pun dalam 

Bani Sulaim yang lebih miskin daripada saya."Nabi bersabda kepada para 

sahabat, "Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!"Para sahabat 

menghulurkan bantuan kepadanya hinggakan dia mendapat harta yang amat 

banyak terkumpul. Kemudian Abdul Rahman bin Auf r.a. bangun lantas 

berkata kepada Nabi SAW, "Wahai Rasulullah! Saya memiliki seekor unta 

yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya memperolehnya ketika 

dalam Perang Tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah 

SWT. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baharu kita ini!"Nabi 

SAW bersabda, "Engkau menceritakan tentang untamu yang engkau 

hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang d

iberikan Allah sebagai balasan di Akhirat. Allah SWT akan menganugerahimu 

di Akhirat kelak unta yang diperbuat daripada permata hijau, tengkuknya 

daripada permata kuning, memiliki pelana yang hebat dan unta itu akan 

melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri 

kepadamu pada hari Kiamat."Kata Abdul Rahman, "Saya redha dengannya 

wahai nabi."Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang 

kaumnya dari Bani Sulaim seramai seribu orang menaiki ekor unta membawa 

bersama mereka seribu pedang dan lembing.Dia bertanya, "Ke manakah 

haluan kamu?" Mereka menjawab, "Kami ingin memerangi orang yang 

menghina tuhan kita!" Arab Badwi itu berkata kepada kaumnya, "Jangan! 

Aku sendiri telah beriman dengannya!"...

No comments:

Post a Comment